Social Media Hero (225 views)

Cyberjaya
13/10/2016

Squirtle Squad sedang mencari intern yang cool, gila-gila dan hebat untuk menyertai Squirtle Squad. Jika rasa kurang hebat, boleh juga menyertai squad kami tetapi kena belajar dengan kadar kuasa kuda. Minat dengan Facebook, Twitter, Instagram? Ini peluangnya untuk menyertai kami sebagai Social Media Hero. Post, Tweet, Design, Penulisan, Artikel, Blog, ini semua mesti jadi makanan harian korang.

Siapa yang kami cari?

  • Otak kreatif, inovatif dan pandai membuat design tidak kira apa jua software yang korang guna. Asalkan dapat direalisasikan dalam grafik.
  • Mahir dalam menggunakan Google Ads, Facebook Ads, MailChimp dan sebagainya.
  • Penulisan mesti kencang dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Tahu menggunakan perkataan dan penulisan yang berkesan.

Attitude yang perlu ada?

  • Berdikari, boleh berfikir dengan pantas dan idea inovasi yang gila
  • Gaya santai, otak gila-gila dan tahu apa yang perlu dilaksanakan
  • Tidak kedekut untuk memberi idea
  • Sanggup bekerja di Cyberjaya, Selangor (Bangunan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre)

Berminat? Rasa hebat? Jom join Squirtle Squad. Nak join ada syaratnya. Perlu email kepada kami Resume dan Grafik yang korang hasilkan sendiri dengan tema “Squirtle Intern”.

Firdaus Zakaria  I  

Internship Duration: No limits

Monthly Allowance: RM 500

Don't have time now?
Get a reminder in your inbox