Internship for Business Studies / Administration Studies (164 views)

Taman Molek, Johor Bahru
15/11/2016

MH Legacy merupakan sebuah syarikat kewangan yang bernaung di bawah RHB Asset Management Sdn Bhd. Kami merupakan sebuah syarikat yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Melaka. Kami menawarkan perkhidmatan sebagai perunding kewangan Unit Amanah, Insurans & Perancangan Harta Pusaka Islam.

MH Legacy mengalu-alukan permohonan daripada pelajar-pelajar di peringkat diploma dan sarjana muda untuk mengikuti Program Latihan Industri di syarikat kami. Melalui program ini, pihak syarikat menawarkan peluang kepada pihak pelajar untuk mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari dan mengembangkan pengetahuan mereka serta memberikan nilai tambah dengan pengalaman yang tidak ternilai secara terus di lapangan.

Program ini juga meliputi peluang untuk memberi pengalaman perniagaan di dalam industri perbankan, cabarannya dan jangkaannya.

Syarat2 permohonan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian IPTA / Swasta dalam atau luar negara.
  • Tempoh latihan industri adalah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pusat pengajian masing-masing.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik

** Kemudahan pengangkutan dan kediaman tidak disediakan.
** Latihan di RHB Asset Management Taman Molek, Johor Bahru.

Cara – cara memohon :

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan untuk menjalani latihan industri di MH Legacy adalah:

  • Surat Iringan daripada IPTA / IPTS
  • Borang Maklum balas daripada IPTA/IPTS
  • Pengenalan Diri
  • Mini Transkrip

Dokumen-dokumen diatas mesti dihantar melalui E-mel kepada : –

Terma dan Syarat: –

  • Permohonan hendaklah dihantar sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum latihan praktikal bermula
  • Sila anggap permohonan anda tidak berjaya jika anda tidak mendapat maklum balas dari pihak kami dalam linkungan masa dua (2) minggu.
  • Penerimaan atau penolakan tawaran mestilah di beri notis dalam masa satu (1) minggu bekerja setelah menerima tawaran.

Internship Duration: Tempoh latihan industri adalah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pusat pengajian masing-masing

Monthly Allowance: RM 200

Don't have time now?
Get a reminder in your inbox